Menanam Pokok Sayur Yang Cepat Dapat Hasil Dari Kebun Dapur - Saya ada banyak lagi 'koleksi' biji benih yang dibeli tetapi masih belum disemai. Ada juga yang sudah melepasi tarikh luput.
Sesuai tajuk, Kebun Dapur saya kali ini difokuskan dulu dengan menanam tanaman yang cepat dapat hasil seperti sayuran daun, ulam-ulaman, pokok bendi dan tomato.
Pokok cili masih berbunga dan berbuah muda. Belum ada hasil.
Langkah penting selain semaian biji benih adalah membuat batas untuk menanam. Saya gunakan tanah yang sediaada di halaman rumah. Top soil saya kumpul dan ditimbun menjadi batas.
Memang memenatkan kerja berkebun ini. Tetapi seronok.
![]() |
| Proses membuat batas pokok bendi. |
Saya bersyukur kerana sayur daun yang saya tanam sudah pun dirasai hasilnya. Tidak banyak tetapi cukup untuk kami sekeluarga.
![]() |
| Sayur dipetik terus dimasak. |
Cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki terutamanya membuat semaian baru supaya bekalan sayur tidak putus serta membuat rekod tarikh semai, membaja dan jangkaan untuk menuai hasil.
![]() |
| Bendi dipindah tanam pada 29 Mac 2026. |
Saya ada membuat semaian pokok bendi pada pertengahan Mac 2026 dan dipindah tanam ke batas 2 minggu kemudian. Setakat hari ini, pertengahan Mei 2025, pokok bendi sudah memberikan pulangan hasil sejak 2 minggu lepas. Cuma ada 10 pokok yang ditanam.
![]() |
| Hasil tuaian bendi |
5 pokok saya tanam pada 29 Mac 2026 dan 5 pokok lagi 2 minggu kemudian. Jadi perkembangannya tidak sama. Pokok yang ditanam awal ditanam pada halaman tepi rumah dan selebihnya ditanam di belakang rumah.
Kesuburan tanah di bahagian tepi rumah nampaknya lebih subur berbanding di belakang rumah.
![]() |
| Bendi saiz XL. Yang terlajak tua saya biarkan jadi benih. |
Selain bendi, sayur daun antara yang terawal menjadi santapan kami sekeluarga. Tanam tidak banyak sekadar untuk memcuba dahulu. Alhamdulillah, menjadi.
Saya tanam terus di batas tanah dan sebahagiannya di tanam dalam bekas yang diisi cocopeat.
![]() |
| Dalam proses pindah tanam pokok sayur daun. |
Pokok sayur daun memang sangat cepat menjadi. Dalam masa 2 minggu selepas pindah tanam, saya terus dapat hasil.
![]() |
| Selepas 2 minggu. Pokok dah besar dan boleh tuai. |
Seronok selepas berpenat menanam kita dapat merasa hasilnya.
Puas dah makan sayur bendi dan sayur daun.
Sekarang saya sedang membuat semaian baru sayur daun lagi (sawi). Selain itu, pokok cili dan golden melon tidak lama lagi akan mengeluarkan hasil. Jangkaan awal bulan Jun 2026.
![]() |
| Pokok golden melon tanam atas tanah. |
Insyalllah.. Aamiinn...







