![]() |
| Raya Haji Tahun 2020 - Kenangan bercuti di Kundasang, Sabah. |
Sebenarnya perasaan masih lagi bercampur baur sama ada suka, gembira, sedih dan belum bersedia. Itulah hakikat yang perlu ditempuh.
Pada tahun 2025 sangat banyak hal-hal besar yang berlaku terutama dalam karier saya. Bertugas sebagai penjawat awam hampir 17 tahun di bumi Sabah, sudah tiba masanya saya melangkah kaki bergerak balik ke wilayah asal saya, Sarawak Bumi Kenyalang.
Saya masih ingat lagi, tahun 2008 saya mula mencari rezeki di Sabah. Memang rasa tak yakin boleh hidup berdikari. Hidup sendiri-sendiri (isteri dan sorang anak masa itu) tanpa keluarga besar tidak seperti di tempat asal.
Alhamdulilllah, saya dihadirkan orang sekeliling yang baik, jiran yang baik, rakan sekerja yang sangat baik dan orang-orang Sabah khususnya di Tuaran sememangnya baik belaka.
Daripada 'bumi asing' kerana dialek bahasa yang sangat berbeza, makan minumnya serta adat budaya juga berbeza, semuanya dilalui dengan baik. Saya dapat menerima semuanya.
Dari saiz badan saya M sekarang dah jadi XL. Kami suka hidup di bumi Sabah.
![]() |
| Ada juga kenangan saya pernah kurus. Saya tak ingat tahun bila ni. |
Saya berpeluang pergi ke setiap pelosok bumi Sabah atas urusan kerja. Dari tanah besarnya ke pulau sehingga kawasan pedalaman.
Sabah Rumah Kedua kami.
Sabah sudah menjadi 'rumah kedua' kami sekeluarga. Ada juga kenangan anak lahir di Sabah dan mykad no. 12 walaupun ada huruf 'K'.
Hidup perlu diteruskan.
12 November 2025 saya tinggalkan Sabah dengan anak-anak dan isteri masih di sana. Urusan pindah sekolah belum selesai. Kami akan berpindah sepenuhnya tidak lama lagi.
Kebun Dapur Baru di Sarawak
Kebun Dapur di Tuaran akan ditinggalkan. Ini juga antara sebab saya berat hati nak pindah.
Saya sudah membayar 'booking fee' untuk rumah sewa di Samarahan. Rumahnya bagus dan halamannya sangat luas. Sesuai sangat dijadikan kebun.
![]() |
| Kawasan halaman rumah sewa yang sangat luas. |
Mungkin boleh buat sebagai kebun skala komersil, jika ada kamahuan. Kebun Baru di Sarawak akan dimulakan tidak lama lagi. Insya Allah Januari 2026 nanti.
Doakan ya, kawan-kawan.
Semoga tahun 2026 lebih gemilang!!
Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa support saya di Facebook, TikTok dan Youtube.
p/s: link video tapak kebun baru: https://www.facebook.com/share/r/1Ck41e7Lyx/
Tags
Curhat



